Majlis Pelancaran Infaq As Sofa

September 12, 2018 7:55 am | Published by

Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang telah Allah berikan kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan selama ini dengan doa dan keberkatan Alim Ulama yang sentiasa bersama kami.

Pada tahun 2018, Yayasan Sofa kini semakin berkembang dan semakin jauh melangkah untuk mencapai misi dan visi penubuhannya dan pendekatan yang disasarkan pada tahun ini adalah melalui “kerjasama” dan “perkongsian pintar” bagi menghasilkan produk-produk yang inovatif.

Oleh itu, satu sejarah baru buat Assofa telah tercipta apabila majlis pelancaran Infaq As Sofa telah diadakan pada 5 Mac 2018 (Isnin) lalu. Produk dana yang dilancarkan ini merupakan sebuah produk dana yang amat unik yang dinamakan dengan “INFAQ AS SOFA“.

Lebih mengagumkan lagi konsep Infaq As Sofa yang diperkenalkan oleh Yayasan Sofa adalah yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia dan pertama seumpamanya.

Program yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah dihadiri oleh 300 ahli Yayasan Sofa dengan menyaksikan satu MoU antara Pengurusan tertinggi Yayasan Sofa dengan Julainah FP Consulting!

Disasarkan produk dana terbaru Yayasan Sofa ini akan dapat menjadi salah satu tunggak utama dalam melancarakan misi dan visi penubuhan Yayasan Sofa untuk memartabatkan Pendidikan Islam berlandaskan Al-Quran & Sunnah.

Sekiranya ada yang berminat atau mahukan maklumat lanjut berkenaan dengan produk Infaq As Sofa. Sila hubungi:

018-2870 866 (Encik Shahrin)
018-6673 817 (Ustaz Hanif)

Terima Kasih

This post was written by yayasanwp

Comments are closed here.