Majlis Sambutan Aidilfitri 1439H

August 22, 2018 4:02 pm | Published by

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah,

Pada 12 Julai 2018 bersamaan 28 Syawal 1439H, Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan Kumpulan Pendidikan Sofa telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 1439H bertempat di Dewan Putra, Hotel Putra KL, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur bagi tanda terima kasih kepada individu, syarikat, badan korporat serta para wartawan yang telah banyak membantu Yayasan Sofa.

Di dalam majlis ini juga Persatuan TIARANITA Telekom Malaysia telah memberikan sumbangan derma sebanyak RM21,000 untuk pembangunan semula asrama Maahad al Baidha’ Li Takwin Al Ulama’ / Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau yang terbakar pada 20 Mei 2018.

Yayasan Sofa mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang sudi melapangkan masa menghadiri majlis rumah terbuka kami serta kepada badan korporat, syarikat dan individu yang telah bersama-sama dengan Yayasan Sofa dalam menyangga institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semoga perhubungan serta kerjasama ini berkekalan dan mendapat rahmat dari ALLAH.
Dalam kesempatan ini, kami mengalu-alukan badan-badan korporat, syarikat,organisasi serta individu yang ingin membantu Yayasan Sofa.

Kami sentiasa bersedia bagi memberikan sesi taklimat dan penerangan. Hubungi pegawai kami di talian:

Mohamad Shahrin
018-2870866 / 03-4266 8444
Pengurus Dana & Promosi

 

This post was written by yayasanwp

Comments are closed here.