SUMBANGAN FI SABILILLAH MELESTARI UMMAH

RM10.00

Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang menginfaqkan satu infaq pada jalan Allah, nescaya ditulis baginya ganjaran 700 kali ganda.

[Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i]

Surah Saba’, ayat 39 :

Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.

Category:

Description

Di dalam usaha dan kesungguhan Yayasan Sofa untuk terus menegakkan syiar Islam melalui program ilmu, dakwah dan kebajikannya, Yayasan Sofa sentiasa membuka ruang untuk menjalin kerjasama bersama badan-badan korporat dan individu yang ingin menyumbang kepada Dana Yayasan Sofa.

Dana yang diuruskan oleh Yayasan Sofa akan digunakan untuk membiayai aspek-aspek yang berikut:

• Menambah kapasiti institusi-institusi pendidikan yang sedia ada bagi menampung peningkatan bilangan pelajar.
• Membangunkan Bayt al Hikmah menjadi sebuah pusat penyelidikan bertaraf antarabangsa.
• Menerbitkan buku-buku rujukan dan bacaan yang penting dalam pelbagai disiplin ilmu.
• Memelihara manuskrip dan kitab-kitab lama yang amat berharga.
• Memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan.
• Menganjurkan program-program pendidikan dan seminar.
• Menampung kos operasi dan pengurusan melalui tabung ‘Waqaf 6P’.
• Membangunkan Kompleks Islam Al Baidha’ menjadi institusi melahirkan ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah.

(Dikecualikan Cukai Pendapatan Dibawah Sub seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967).
Ruj: LHDN.01/35/42/51/179-6.5804.
Tarikh Kuatkuasa: 15/04/2012
No.Warta: 30830
Tarikh Warta Kerajaan: 21 Ogos 2013

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SUMBANGAN FI SABILILLAH MELESTARI UMMAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *